HOME | BIODATA DiCC | Kembali ke Blog EAC

V’s One menuju Shautul Nada

Monday 23 January 2012

Penubuhan Awal Kumpulan Nasyid UiTM Jengka, Cawangan Pahang
V’s One menuju Shautul Nada


Awal penubuhan, kumpulan nasyid UiTm Jengka Cawangan Pahang ini diberi nama yang begitu memberangsangkan dengan keringkasannya iaitu  V's_one. Dirasmikan  pada  tahun 2009 di Masjid Uwais al Qarni, kumpulan ni meneruskan bedar pelayaran untuk menjalankan misi dakwah melalui hiburan nasyid.
Halaqah bersama pimpinan tertinggi eac ketika itu dan tapisan di buat selepas satu pertemuan dilaksanakan  dan Berjaya mengumpulkan 9 orang peserta yang terakhirnya disenaraipendekkan menjadi 7 orang.  Ahli baru bersama bakat baru silih ganti sehinggalah terbentuknye V's_One yang membawa mksud matlamat yang satu.
Legasi hiburan nasyid kampus ini diteruskan dengan pergantian nama yang lebih menampakkan jati diri kumpulan ini. Shautul Nada. Mohd Afdhaluzikri Huzaimi, merupakan nama yang tidak asing lagi dalam membentuk kerjasama kumpulan nasyid ini agar terus bergerak seiring dengan perjalanan sebagai mahasiswa. Antara ahli lain yang terlibat, Ainol Syazwan, Afdhal, Sarmidi, Amir, Hafiz, Basirun dan lain-lain. Anak-anak muda ini berjiwa besar dan teguh dengan pendirian untuk bersama membangunkan ummah bertamadun.

Pencapaian awal kumupulan nasyid mendapat tempat di finalis festival nasyid selatan 2009. Di samping itu,  kumpulan nasyid medapat sambutan persembahan di UiTM. Selain itu, ahli-ahli kumpulan turut meluaskan empayar menjadi tenaga pengajar di Sekolah Rendah Jengka dan Sekolah Menengah Jengka Pusat.
Kumpulan nasyid terus bergiat aktif dalam pertandingan yang dianjurkan UiTM dan sekaligus menjadi hiburan alternatif bagi pengisian rohani dan kemahiran insaniah sejak aktif pada tahun 2009. Kumpulan ini sememannya diletakkan di di bawah HEP, Unit Kebudayaan UiTM.
Pengasasnya ketika itu merupakan presiden EAC (Entertainment Of Muslim Art Club) pada tahun 2009, dikenali  sebagai Ammar. Penaung yang aktif sehingga sekarang dinaungi oleh  alfadhil Ust. Faridzul Amri yang sentiase mngiringi perjalanan V's_One.
Membawa motto; berhibur sambil berdakwah dan  latihan padu 3kali seminggu menjadikan ahli-ahli kumpulan terus mencuba untuk memningkatkan lagi mutu vokal ahli kumplan dan mengumpul  idea dan pemikiran baru untuk didiskusikan menjadi lembaran akan dating dan pengukuhan jati diri ketika itu.
Sebagai golongan mahasiswa, kumpulan nasyid ini tidak ketinggalan untuk mendekatkan diri dengan jiwa rakan-rakan kampus dengan pembawaan imej jiwa mahasiswa university.
Dari segi identity pemakaian, V’s One atau selepas itu dipanggil Shautul Nada ini  tampil dengan imej bersahaja bersama selendang dan baju sulam Sarawak(2009).


Semoga kumpulan nasyid UiTM Jengka Cawangan Pahang ini terus membina persada ke peringkat yang lebih baik, kelak. Insha-Allah, sekaligus merealisasikan motonya sepanjang masa. Dekat di hati mahasiswa itu sendiri.